Ayam masak merah
Sesuai dimakan dengan nasi tomato
Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
Cara-cara
-Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
-Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
-Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
-Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-ahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
Resipi ini adalah hasil ajaran dari rakanku yang berada di Malaysia..semoga dirinya sihat dan sejahtera..InsyaAllah..:)
Bahan-bahan
1. 300g biskut marie susu/kopi/coklat
2. Susu pekat setengah tin
3. Milo paket kecik (400g)
4. Kacang
5. Mentega 250g
Cara-cara
-Goreng kacang tanah di dalam kuali (yela, xkan nak goreng dalam mangkuk kot..hahaHa!!)
-Selepas siap digoreng, tumbuk kacang tanah sehinggga agak2 hancur, tapi jangan hancur sangat..agak2 jela..
-Kalau kuali da agak tak panas, panaskan balik..and masukkan mentega 250g.
-Dengan segera, masukkn susu, milo dan kacang. Biarkan sehingga agak2 sedap. (pandai2 sendiri la ek nak agak).
-Amek loyang (yang slalu dlm microwave tu), pecahkan biskut marie 4 pecahan. Kemudian, msukkan biskut kesemua biskut marie dalam kuali. Gaul sehingga biskut sebati bersama2 dengan bahan yang laen.
-Kemudian, segala bahan2 dalam kuali tadi tu, masukkan ke dalam loyang. Susun sehingga agak2 padat dalam ruang loyang tersebut.
-Masukkan loyang dalam peti ais. Tggu sehingga agak2 da sedap (ni pun kene pandai2 sendiri jugak la)
-SIAP!!
Klu nak tgok yang agak laen sedikit pnye resepi..follow this link..Myresipi